HSRIPappInfoTech.jpg (14963 bytes)

Antara identiti Pintar di SRIP ialah pendekatan pendidikan yang bersepadu      di antara pelbagai matapelajaran yang diajar. Kesepaduan ini dilaksanakan dengan penekanan   Islam di dalam semua subjek, penggunaan pelbagai bahasa di dalam semua subjek di samping penggunaan Bahasa Melayu dan penggunaan teknologi maklumat (IT) secara meluas merentasi semua kurikulum.

Oleh kerana IT khususnya komputer merupakan suatu alat, selain daripada tujuan komunikasi, IT akan digunakan membantu pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran yang dikenali sebagai pendidikan berbantukan komputer (PBK) akan memberi manfaat kepada para pelajar SRIP kerana :

KEISTIMEWAAN PBK

PBK istimewa kerana :

Bagaimanapun, peranan guru melalui PBK adalah :

Pelajar SRIP akan diasuh memiliki literasi IT sekaligus memanfaatkan IT sebagai media pembelajaran di dalam pebagai kegiatan dan matapelajaran.

 

TAHAP PENGAJIAN DAN IT

Pengajian di SRIP mempunyai tiga tahap. Tahap Satu adalah pada umur 5 dan 6 tahun. Tahap Dua pada umur 7 hingga 8 tahun, dan Tahap Tiga pada umur 9 hingga 11 tahun.

Tahap Satu, pelajar akan diperkenalkan kepada komputer. Sehingga akhir Tahap Satu, pelajar akan mengetahui apakah perkakasan (hardware) dan perisian (software) komputer secara mendatar. Pada Tahun Kedua di Tahap Satu, kaedah pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan I.T mula diperkenalkan, terutamanya di dalam penghantaran lembaran-lembaran kerja dan latihan mingguan. Ia akan dihantar melalui e-mel dari ibupejabat SRIP. Para pelajar boleh mencapai lembaran kerja dan latihan mingguan melalui bimbingan guru di sekolah ataupun menyalinkannya kepada komputer peribadi di rumah.

Tahap Dua, pelajar diberi pendedahan lebih mendalam dengan sistem operasi komputer, perisian dan perkakasan. Pada tahap ini pelajar dibenarkan mengendali operasi komputer secara bersendirian.

Tahap Tiga, literasi dan penggunaan IT di dalam pembelajaran dipertingkatkan. Pelajar akan memperolehi sumber-sumber maklumat dari berbagai media IT dan internet : laman-laman web (website/homepage) yang diwujudkan oleh SRIP sendiri dan Kementerian Pendidikan (program sekolah bestari) serta laman web pendidikan lain. Pada tahap ini juga, pelajar yang mempunyai komputer peribadi di rumah boleh mencapai semua maklumat pembelajaran melalui internet sebagai satu kerja rumah (assignment).