HSRIPkawalanQ.jpg (11602 bytes)

Bagi mencapai matlamat SRIP, Ilmu Amal Sdn Bhd (IASB) telah menetapkan standard perkhidmatan yang dijelaskan melalui piagam pelanggan SRIP. Untuk itu, IASB telah membentuk struktur dan sistem pengurusan dan perkhidmatan sejajar dengan objektif SRIP seperti berikut :

KUMPULAN PENGURUSAN

IASB diterajui oleh sembilan  orang Ahli Lembaga Pengarah berwibawa dan mempunyai kepakaran di bidang pendidikan, perniagaan, kejuruteraan, pembangunan sumber manusia, dan perubatan. Teraju ini disokong oleh pasukan pengurusan yang berpengalaman di bidang pembangunan sumber manusia dan pentadbiran.

LEMBAGA PENGARAH

Ir Mustaffa Abd. Kadir - Pengerusi

Dr(H) Azizan Hj. Ismail

Dr Mohd Hatta Ramli

Ir Tengku Sidek Che Ku Ibrahim

Prof. Madya Zainal Abidin Kidam

En Abd Aziz Mat Zain

Ustazah Zaitun Salleh

Che Abdullah Mat Nawi

Haji Idris Ismail

 

PANEL-PANEL PAKAR SRIP

Panel Perguruan

Bertanggungjawab merangka dan memberi perakuan kepada latihan perguruan dan pembangunan perguruan SRIP. Panel ini dianggotai oleh pakar-pakar pendidikan dari IPT tempatan.

Panel Kesihatan Pelajar

Bertanggungjawab mengawasi, membuat penilaian dan perakuan terhadap status kesihatan pelajar, tahap kebersihan premis-premis SRIP dan kualiti pemakanan di SRIP. Panel ini diketuai oleh Dr Mohd Hatta Ramli dan dianggotai oleh pegawai-pegawai perubatan dan sains pemakanan bertauliah.

Panel Bangunan & Keselamatan

Bertanggungjawab memeriksa dan menilai serta membuat perakuan status keselamatan premis-premis dan bangunan-bangunan SRIP supaya menepati konsep pembelajaran pintar dan menepati piawaian pihak berkuasa tempatan. Panel ini diketuai oleh Pengerusi Lembaga IASB, Ir Mustafa Abd. Kadir.

Panel Buku Teks

Bertanggungjawab kepada pembangunan dan penyediaan buku-buku teks dan dokumentasi pembelajaran SRIP supaya menepati kehendak konsep pembelajaran pintar SRIP. Panel ini dianggotai oleh pakar-pakar pendidikan dan guru-guru berpengalaman.

Panel Pembangunan IT

Bertanggungjawab membuat penyelidikan, pembangunan dan perakuan kepada aplikasi teknologi maklumat (IT) sejajar dengan konsep pembelajaran dan pengajaran pintar SRIP. Panel ini dianggotai oleh pakar-pakar dan prefesional IT di IPT tempatan.