HSRIPlain2.jpg (11487 bytes)

      Pengertian Logo       Ko-Kurikulum Srip
   ball1.gif (995 bytes)   Motto SRIP  

 

 

 

 

logo SRIP PENGERTIAN LOGO
  1. Nukleus yang berputar mengelilingi akronim SRIP melambangkan perkembangan ilmu yang dinamik seiring dengan perkembangan teknologi pintar yang bergerak pantas. SRIP memanfaatkan dinamisme ilmu dan teknologi pendidikan terkini di dalam menjayakan visi dan misinya.

  2. Kitab yang terbuka melambangkan paksi kepada sumber dan aplikasi ilmu yang dimiliki oleh produk SRIP. Produk SRIP merupakan al-rijal yang disebut di dalam al-Quran, surah an-Nuur ayat 37 :

"Lelaki yang tidak dilalaikan oleh perniagaan dan tidak pula oleh jual beli dari mengingati ALlah dan mendirikan solat dan membayar zakat. Mereka takut kepada suatu hari di mana di hari itu hati dan penglihatan manusia menjadi goncang"

  1. Bulan sabit dengan jutaan tompokan hijau melambangkan kesyumulan Islam yang menjadi tonggak dan puncak perjuangan SRIP.

  2. Warna ungu merupakan lambang kemantapan ilmu bersepadu yang dicerna oleh SRIP dan manfaatnya memberikan sumbangan kepada tamadun sejagat yang disimbolkan oleh bentuk bulat yang menjadi latarbelakang logo SRIP.

  3. Warna hijau dan putih menjadi lambang ketulusan dan ukhuwwah Islamiah yang menjadi identiti dan jatidiri warga SRIP.

Konsep Oleh

Ahli Lembaga Pengarah IASB
Roslan bin Zainal

Evolusi Grafik Oleh

Khirul Aida bin Aidarus
Raja Abdul Aziz Raja Ailan

Khat Oleh

Ustaz Mashhudi bin Bunyani

 

 

Kembali Ke Atas

___________________________________________________________________________

 

Kurikulum sesebuah institusi pendidikan merangkumi semua aspek yang berkaitan dengan kaedah pengajaran dan pembelajaran untuk mencapai matlamat masing-masing.

Kurikulum SRIP bermatlamat untuk melahirkan generasi pelajar yang beriman, bertaqwa dan bermaklumat serta memahami konsep-konsep hidup luhur. Usaha berterusan akan sentiasa dititikberatkan bagi memupuk kesedaran di kalangan pelajar,  bahawa yang terbaik untuk mereka ialah cara hidup Islam untuk kebahagiaan di dunia dan akhirat.

FALSAFAH PENDIDIKAN SRIP

Pendidikan yang bersumberkan al-Quran dan al-Sunnah untuk melahirkan generasi pelajar yang beriman, bertakwa dan bermaklumat serta mempunyai ketahanan diri dalam menghadapi cabaran semasa melalui kaedah pendidikan seimbang, berterusan dan terkini.

RUJUKAN

  • Al-Quran dan As-Sunnah
  • Khazanah Muktabar Tarbiyah Islamiyah
  • Dasar Pendidikan Negara
  • Etika dan Piawaian Pendidikan SRIP
  • Pengenalan dan Literature Pendidikan Semasa

 

UNSUR-UNSUR KO-KURIKULUM

  • Penguasaan al-Quran dan Hafalan
  • Penguasaan matapelajaran UPSR
  • Penguasaan Nilai Ma’ruf dan Nahi Munkar
  • Penguasaan Teknologi Maklumat (IT)
  • Penguasaan Bahasa-bahasa

 

BAHASA PENGANTAR

Bahasa pengantar utama ialah Bahasa Melayu. Penggunaan Bahasa Arab dan Inggeris dipertingkatkan ke tahap maksimum.

STRATEGI DAN PERLAKSANAAN

  • Sistem kelas sepenuh masa
  • Memanfaatkan IT secara maksimum
  • Memanfaatkan alam sekitar dan taman permainan
  • Sokongan ko-kurikulum
  • Kaedah pengajaran al-Quran tradisi (al-Baghdadi) dan kaedah terkini (Iqra’)

 

KO-KURIKULUM

  • Tasawwur Islam
  • Tarbiyyah Islamiyyah Amaliah
  • Latihan Kepimpinan
  • Latihan Kekeluargaan
  • Riadhah dan Rekreasi

 

 

Kembali Ke Atas

 

___________________________________________________________________________

 

 

"Lelaki yang tidak dilalaikan oleh perniagaan dan tidak pula oleh jual beli dari mengingati Allah dan dari mendirikan solat dan dari membayarkan zakat. Mereka takut kepada suatu hari di mana di hari itu hati dan penglihatan menjadi goncang.."

Surah An-Nuur (24) : 37


Kembali Ke Atas