HSRIPpengenalan.jpg (12525 bytes)

   ball.gif (1653 bytes)  Apa itu SRIP    ball.gif (1653 bytes)  Falsafah

   ball.gif (1653 bytes)  VISI, MISI & OBJEKTIF

   ball.gif (1653 bytes)  Kaedah
   ball.gif (1653 bytes)  Umur Pelajar SRIP    ball.gif (1653 bytes)  Unsur-unsur Ko-Kurikulum
   ball.gif (1653 bytes)  Penilaian Pelajar    ball.gif (1653 bytes)  Laporan Kemajuan Pelajar
   ball.gif (1653 bytes)  Populasi Kelas    ball.gif (1653 bytes)  Bahasa Pengantar
   ball.gif (1653 bytes)  Strategi & Perlaksanaan    ball.gif (1653 bytes)  Subjek
   ball.gif (1653 bytes)  Ko-Kurikulum    ball.gif (1653 bytes)  Waktu Pembelajaran Rasmi
   ball.gif (1653 bytes)  Makanan & Kebersihan    ball.gif (1653 bytes)  Keselamatan

   ball.gif (1653 bytes)  Kemudahan

   ball.gif (1653 bytes)  Pengurusan
   ball.gif (1653 bytes)  Yuran-yuran    ball.gif (1653 bytes)  Waktu Pembelajaran

 

APA ITU SRIP

Masyarakat Islam Malaysia telah melalui pengalaman selama dua dekad di dalam sistem pendidikan negara yang begitu mencabar untuk melahirkan generasi yang berpendidikan dan bermoral. Namun ternyata dengan kemelut semasa bahawa sasaran tersebut tidak dapat dicapai malah memberi isyarat mencemaskan kepada umat Islam.

Sejajar dengan tuntutan Islam, Sekolah Rendah Islam Pintar® (SRIP) dikemukakan kepada ummah sebagai pakej pendidikan Islam pintar terkini. Ia telah dirumus oleh pakar-pakar pendidikan kami bagi tujuan melahirkan pelajar cemerlang dalam akademik dan berakhlak mulia dalam ertikata berjaya di dunia dan akhirat.

Kembali Ke Atas

FALSAFAH

Pendidikan yang bersumberkan al-Quran dan al-Sunnah untuk melahirkan generasi pelajar yang beriman, bertakwa dan bermaklumat serta mempunyai ketahanan diri dalam menghadapi cabaran semasa melalui kaedah pendidikan seimbang, berterusan dan terkini.

Kembali Ke Atas

VISI, MISI & OBJEKTIF

VISI
Melahirkan Generasi Pelajar Yang Beriman, Bertaqwa dan Bermaklumat

MISI
Menjadi Institusi Pendidikan Islam Model

OBJEKTIF
Objektif Organisasi SRIP Ialah Untuk :

‘Menubuhkan Dan Memajukan Sekolah Rendah Islam Pintar Bagi Memenuhi Keperluan Ummah Kepada Kewujudan Sekolah Rendah Yang Mampu Menjadi Model Unggul Kepada Dunia Pendidikan Terkini’

Kembali Ke Atas

KAEDAH

SRIP telah mengemukakan kaedah baru dalam pendidikan dengan meletakkan unsur-unsur kognitif, efektif dan psikomotor dalam gabungan yang tabi’i dan seimbang.

Kembali Ke Atas

UMUR PELAJAR SRIP

SRIP mengambil pelajar bagi Tahun 1 kanak-kanak yang berumur lima tahun dan mereka akan menamatkan pengajian di SRIP selepas umur sebelas tahun.

Kembali Ke Atas

  • Penguasaan al-Quran dan Hafalan
  • Penguasaan subjek UPSR
  • Penguasaan Nilai Ma’ruf dan Nahi Munkar
  • Penguasaan Teknologi Maklumat (IT)

Kembali Ke Atas

POPULASI KELAS

25 orang murid di dalam satu kelas

Kembali Ke Atas

Bahasa pengantar utama ialah Bahasa Melayu. Penggunaan Bahasa Arab dan Inggeris dipertingkatkan ke tahap maksimum.

Kembali Ke Atas

  • Sistem kelas sepenuh masa
  • Memanfaatkan IT
  • Memanfaatkan alam sekitar
  • Sokongan ko-kurikulum
  • Kaedah pengajaran al-Quran tradisi dan kaedah terkini.

Kembali Ke Atas

  • Al-Quran dan Hafalan
  • Bahasa Arab
  • Fardhu ‘Ain dan Pendidikan Nilai
  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Matematik
  • Sains
  • Kajian Tempatan
  • Kemahiran Hidup
  • Pendidikan Seni
  • Riadhah
  • Asas Teknologi Maklumat

Kembali Ke Atas

  • Tasawwur Islam
  • Tarbiyyah Islamiyyah Amaliah
  • Latihan Kepimpinan
  • Latihan Kekeluargaan
  • Riadhah dan Rekreasi

Kembali Ke Atas

Jenis-Jenis Peperiksaan dan Ujian

  • Peperiksaan Pertengahan dan Akhir Tahun
  • Ujian Bulanan
  • Latihan Mingguan
  • Lembaran Kerja Akan Disusuli Pada Akhir Setiap Matapelajaran
  • Penilaian Perilaku Sepanjang Tahun

Kembali Ke Atas

Laporan Kemajuan Pelajar dari segi akademik, ko-kurikulum dan akhlak dibuat setiap penggal melalui buku kemajuan murid dan e-mel.

Kembali Ke Atas

8.30 pagi hingga 3.50 petang selama lima hari seminggu dan tertakluk kepada jadual persekolahan tahunan Kementerian Pendidikan Malaysia

Kembali Ke Atas

Makanan disediakan dan kebersihan dipastikan di tahap maksimum menurut piawaian rasmi.

Kembali Ke Atas

Keselamatan pelajar pada waktu sekolah adalah tanggungjawab penuh SRIP. Setiap pelajar SRIP diwajibkan memakai pakaian seragam SRIP yang tersendiri.

Kembali Ke Atas

KEMUDAHAN

Makmal multimedia, perpustakaan, kafetaria, surau dan halaman riadhah.

Kembali Ke Atas

SRIP merupakan projek pintar Ilmu Amal Sdn Bhd. Sebuah syarikat yang diterajui oleh tokoh-tokoh berpengalaman di dalam bidang pendidikan, pengurusan dan pembangunan sosial. Pengurusan SRIP adalah komited kepada kecemerlangan berpandukan Etika dan Piawaian SRIP

SRIP mempunyai Panel-Panel Buku Teks, Latihan Perguruan, Kesihatan, Bangunan dan Teknologi Maklumat, Lembaga Peperiksaan dan Akreditasi. Kesemuanya dianggotai oleh pakar-pakar di dalam bidang masing-masing.

Kembali Ke Atas

 

YURAN-YURAN  SRIP (BERKUATKUASA SESSI 1999)

 

 

   

KAWASAN

No.

JENIS YURAN

PANTAI BARAT

(Kuala Lumpur dan Selangor)

UTARA / SELATAN

(Perlis, Kedah, Perak, P.Pinang, N. Sembilan, Melaka, Johor)

PANTAI TIMUR

(Kelantan, Terengganu, Pahang)

1

Yuran Pendaftaran*

200.00

200.00

200.00

2

Yuran Tahunan**

70.00

70.00

70.00

3

Januari

230.00

200.00

180.00

4

Buku Teks, Buku Tulis dan Lembaran kerja**

100.00

100.00

100.00

5

Alat Tulis**

20.00

20.00

20.00

6

Riadah/Pusat Sumber/Ihtifal**

50.00

50.00

50.00

7

Pakaian Seragam (2 pasang)**

55.00

55.00

55.00

8

Pakaian Ko-Kurikulum/Riadah**

15.00

15.00

15.00

9

Yuran Ko-Kurikulum**

15.00

15.00

15.00

Jumlah (RM)

755.00

725.00

705.00

 

 

NOTA :

* Bayaran ini hanya dikenakan sekali sahaja       iaitu semasa pendaftaran masuk kali pertama ke SRIP.

** Bayaran-bayaran ini hanya dibuat setahun sekali dan dibuat semasa pendaftaran pelajar

Bagi yuran no. 1, 2, 3 dan 4 adalah kadar tetap yang perlu dijelaskan oleh ibubapa. Manakala bagi yuran no. 5 hingga 9, kadarnya tertakluk kepada ketetapan yang dibuat oleh SRIP Cawangan berkenaan. Angka yang ditunjukkan di sini hanya sekadar panduan umum.

 

 

ILMU AMAL SDN BHD

 

Kembali Ke Atas

 

Jam

8.30

8.40

9.45

10.15

10.35

11.10

11.40

12.20

1.50

2.30

3.10-3.50

Masa

1

2

3

Rehat

4

5

6

Rehat

7

8

9

Kembali Ke Atas