Make your own free website on Tripod.com

PintarNews

Januari 1999 / Syawal 1419 * BIL. 13 Tahun 2 *Percuma* Untuk Warga SRIP Sahaja

KURIKULUM DAN MATLAMAT PENDIDIKAN

Kurikulum merupakan keperluan asas kepada sesebuah institusi pendidikan. Ianya mencorakkan produk yang akan memenuhi tuntutan dunia dan akhirat atau sebaliknya. Oleh itu, kurikulum pendidikan Islam hendaklah digarapkan berdasarkan kepada sumbernya yang sebenar iaitu al-Quran dan al-Sunnah. Falsafah pendidikan sesebuah institusi mempunyai hubung kait dengan kurikulum yang hendak dipersembahkan kerana kurikulum adalah diasaskan kepada falsafah.

Ilmu Amal Sdn Bhd telah mengariskan falsafah yang jelas untuk mencapai matlamatnya iaitu pendidikan yang bersumberkan al-Quran dan al-Sunnah untuk melahirkan generasi pelajar yang beriman, bertakwa dan bermaklumat serta mempunyai ketahanan diri dalam menghadapi cabaran semasa melalui kaedah pendidikan seimbang, berterusan dan terkini.

Untuk mencapai matlamat , kurikulum pendidikan hendaklah berasaskan Islam, sementara para pendidik di SRIP dan ibu bapa pelajar hendaklah membuat kesinambungan dalam beberapa asas mendidik anak-anak. Asas yang ditekankan oleh SRIP iaitu :-

Iktikad yang sahih pada zat, sifat, nama-nama dan perbuatan Allah serta mengtauhidkanNya pada tauhid uluhiyyah dan rububiyyah.

Iktikad yang jelas pada kesempurnaan syariat Islam yang bersesuaian disepanjang zaman dan tempat serta beriktikad bahawa sisitem yang lain daripada Islam tidak akan memberi kebaikan kepada Islam.

Iktikad yang sahih bahawa hubungan kemasyarakatan yang diikat sesama Muslim dan manusia seluruhnya diajar oleh Islam tetapi hubungan dengan bukan Islam mempunyai batas-batas yang ditetapkan.

Kerjasama semua pihak insya-Allah akan memudahkan usaha pendidikan.

 

PintarNews

aktiviti SRIP

FAIL SAKU

Januari - IASB telah mengarahkan semua SRIP-SRIP menyediakan fail bersaku (pocket file) kepada setiap pelajar. Fail ini amat penting bagi menyimpan segala lembaran kerja yang digunakan oleh pelajar disekolah supaya ianya tersusun rapi. Disamping itu, pelajar-pelajar akan membawa pulang hasil kerjanya bersama dengan pintar news dan laporan akademik serta keperibadian setiap dua minggu sekali dengan menggunakan fail tersebut. Dengan ini segala bahan-bahan tersebut akan diterima oleh ibu bapa dalam keadaan baik.

TAHNIAH SHAH ALAM

Akhir Januari - Baru-baru ini, Pengurus Pentadbiran Dan Kewangan, Encik Sazali Mohd Noor telah mengadakan lawatan ke SRIP Melawati, USJ, Port Dickson dan Shah Alam. Lawatan beliau bagi memastikan semua SRIP menjalankan operasi pentadbiran sebagaimana yang dikehendaki oleh Ilmu Amal Sdn. Bhd. Dalam lawatan yang singkat itu, SRIP Shah Alam merupakan SRIP yang paling terkehadapan dalam memenuhi spesifikasi yang dikehendaki. Pertemuan diadakan dengan pemangku guru besarnya, Saudara Norman Toha, beliau memberitahu bahawa SRIP Shah Alam ada menyediakan bilik tambahan untuk pelajar-pelajar yang sakit. Bagi menjamin kecemerlangan SRIP Shah Alam, satu kursus guru akan diadakan pada cuti pertengahan penggal pertama.

CUTI PERTENGAHAN PENGGAL

Cuti pertengahan penggal pertama SRIP akan bermula 12 hingga 20 Februari 1999. Cuti selama sembilan hari ini bolehlah dimanafaatkan dengan majlis hari raya oleh SRIP. Ibubapa diharap menggunakan masa cuti dengan aktiviti-aktiviti yang mendatangkan faedah kepada pelajar. Selamat bercuti.

JUMLAH MURID

Ipoh: 42 orang  Melawati : 101 orang Melaka : 57 orang Pmtg Pauh: 63 orang USJ: 156 orang
K. Trg: 52 orang Sg. Petani: 16 orang Paka: 50 orang S.Alam : 142 orang P.Dickson : 46 orang
J.B. : 40 orang