Make your own free website on Tripod.com

PintarNews

Ogos 1999 / Rabiul Akhir 1420 * Bil. 20 * Tahun 2 *Percuma* Untuk Warga SRIP Sahaja

Islam Mengembalikan Kemuliaan

Islam merupakan asas untuk mengembalikan kemuliaan pada tempat yang sebenar iaitu kepada Allah, Rasul dan orang-orang yang beriman. Firman Allah yang bermaksud:

“Dan bagi Allah kemuliaan, bagi rasulNya dan orang-orang yang beriman, tetapi orang-orang minafiq tidak mengetahui.

Al-Munafiqun : 8

Pendidikan Islam yang menitik beratkan aqidah dan akhlak menjadikan orang- Islam mulia. Mendidik aqidah dan akhlak telah menjadi tugas nabi Muhammad SAW yang diutuskan sewaktu manusia rosak aqidah dan akhlaknya. Mereka menyembah berhala yang dihasilkan dari tangan sendiri dan runtuh akhlak sehingga sanggup membunuh anak-anak perempuan. Apabila ummat Islam beraqidah dan berakhlak, maka kebaikannya itu akan mengembalikan kemuliaan dirinya sendiri.

Pada hari ini, dinegara-negara ummat Islam, menghadapi masalah besar dalam pendidikan dan akhlak kerana sistem pendidikan di negara-negara berkenaan tidak selaras dengan tuntutan Islam. Sistem pendidikan yang dimiliki bukannya dengan akidah dan dasr mereka. Sebenarnya inilah strategi zionis dalam menghancurkan ummat Islam. Barat sebenarnya adalah benua yang sangat mundur sebelum kejatuhan kerajaan Islam Sepanyol pada tahun 1492, tetapi sekarang mereka menjadi rujukan masyarakat dunia kerana perkhidmatan pendidikan yang luas seperti yang digariskan oleh Islam diamalkan oleh mereka.

Apabila ini diaplikasikan di barat, mereka telah mencapai kemajuan dalam bidang sains dan teknologi serta pembangunan metarial. Apa yang diajar di negeri ummat Islam selepas penjajahan mereka ialah menitik beratkan perkhidmatan pendidikan bagi mencapai matlamat pembangunan dunia sehingga meninggalkan matlamat ukhrawi.

Maka bagi memasuki alaf baru yang penuh dengan cabaran, ummat Islam mestilah menyertai perkembangan dan perubahan dalam pendidikan dan terlibat merebut peluang dalam pengdemokrasian pendidikan. Kelalaian ummat Islam dalam pendidikan akan membawa kesan negetif kepada generasi alaf baru.

PintarNews

Aktiviti SRIP

Mencipta Nasyid

Ogos - Setelah beroperasi selama hampir dua tahun, SRIP masih belum mempunyai nasyid tersendiri. Oleh itu, IASB membuka peluang kepada semua warga SRIP untuk menyertai pertandingan mencipta nasyid. Senikata nasyid hendaklah menggambarkan misi dan visi SRIP. Tarikh tutup pertandingan ialah 30 November 1999. Mana-mana warga SRIP yang berminat bolehlah menghantarnya ke pejabat IASB melalui pos, faks atau e-mel. Keputusan hakim adalah muktamad.

Peperiksaan Akhir Tahun

Ogos - Peperiksaan akhir tahun sesi 1999 akan diadakan pada 25 - 28 Oktober yang akan datang. Peperiksaan akhir tahun ini akan melibatkan semua mata pelajaran. Setiap pelajar akan menjalani dalam dua bentuk iaitu tulisan dan lisan. Tujuan ianya diadakan agak awal ialah bagi memberi keselesaan kepada SRIP-SRIP untuk mengdakan ihtifal selepas daripadanya. Semua soalan-soalan akan disediakan oleh bahagian kurikulum IASB. Bahagian kurikulum mengharapkan guru-guru dan ibu bapa memberi penekanan dalam mengulangkaji pembelajaran yang lalu supaya pelajar akan mendapat keputusan yang cemerlang, Insya -Allah.

Mailing List SRIP

Ogos 99 - Bahagian R&D IASB dengan kerjasama Panel IT SRIP telah melancarkan Mailing List SRIP (MLS) sebagai langkah awal melaksanakan konsep Pendidikan Berbantukan Komputer (PBK) atau aplikasi teknologi maklumat (IT) menyeluruh di dalam pengajaran dan pembelajaran di SRIP. Menurut Pengurus R&D IASB, matlamat utama MLS ialah menyediakan suatu forum di mana semua warga pendidik dan pengurusan SRIP dapat berinteraksi dan berkomunikasi secara maya untuk meningkatkan kualiti pengajaran dan pengurusan SRIP.

Semua guru dan kakitangan serta ahli lembaga pengelola di semua cawangan SRIP diminta membuka akaun e-mel masing-massing samada melalui mana-mana Penyedia Servis Internet (ISP) atau menggunakan web mel yang boleh didapati secara percuma di internet. Ini secara lansung menggalakkan guru-guru untuk menggunakan internet sebagai sumber maklumat sekaligus meningkatkan kemahiran mereka menggunakan IT.

Sasaran seterusnya Bahagaian R&D ialah menyediakan MLS yang melibatkan semua ibu bapa murid-murid SRIP sebagai langkah mewujudkan komuniti maya SRIP (virtual community) yang akan menjadi pemangkin pembangunan SRIP secara kolektif.

SIDANG PENGARANG

Ketua Pengarang
Ustaz Haji Abu Bakar Chik
Pen. Ketua Pengarang
Sdr. Roslan Zainal
Pengarang- Pengarang
Sdr. Sazali Mohd Noor ,Ustzh. Zaitun Salleh & Ustaz HjAhmad Kamal Haji Ali
Pemasaran
Cik Khatijah Embong

Pintar News diterbitkan dua minggu sekali oleh :
Ilmu Amal Sdn Bhd,
No 9, Tingkat 1, Jalan Hiliran, 20300 Kuala Terengganu.
Tel : 09-624 6318 Faks : 09-624 8139
E-mel : ilmuamal@yahoo.com afeefah@tm.net.my
Laman Web : www.members.tripod.com/~SRIP

Pintar News keluaran lalu