HSRIPsejarah.jpg (11256 bytes)

Usaha-usaha menubuhkan SRIP lahir daripada kesedaran ahli-ahli Lembaga Pengarah Ilmu Amal Sdn Bhd bagi meningkatkan keupayan sistem dan institusi pendidikan Islam ummah supaya berdaya saing dan mampu menguasai arus deras perkembangan dunia pendidikan moden. Ledakan teknologi maklumat sesungguhnya membawa cabaran besar kepada umat Islam jika sistem pendidikan dan institusi pendidikan Islam yang dimiliki ummah tidak bersedia meneroka pendekatan-pendekatan baru dan memanfaatkan penemuan-penemuan baru teknologi pendidikan.

Berdasarkan kesedaran itu, Gagasan Sekolah Rendah Islam Pintar (SRIP) lahir pada 27 Julai 1997 di Kuala Lumpur dengan dipelopori oleh Dr Azizan Hj. Ismail, Ir Mustafa Abd. Kadir dan Ustaz Hj. Abu Bakar Chik.

Usaha-usaha gigih telah dilaksanakan oleh Ilmu Amal Sdn Bhd sehingga akhirnya pada Januari 1998, tiga cawangan SRIP memulakan sessi persekolahan pertamanya iaitu SRIP Desa Melawati, Kuala Lumpur; SRIP Ipoh di Rapat Setia dan SRIP Melaka di Batu Berendam. Cawangan SRIP di Desa Melawati Kuala Lumpur adalah cawangan induk dan model kepada SRIP yang kini berkembang pesat melalui kaedah francais.